“Boy!
Ayra! Apa kena dengan kau orang berdua ni hah?Asal nak raya saja confirm bergaduh pasal warna tema untuk
baju raya family…mak nak jaga nanny pun tak senang…kesianlah kat nanny tu dah lah tak sihat, yang kau
orang berdua bising-bising buat nanny rungsing tahu tak?” Emak meninggikan
suara apabila melihat kami bertegang urat memilih warna tema untuk baju raya
pada tahun ini.
“Ala mak, apa kata raya tahun ni warna tema baju kita
satu family guna emerald green…boleh
tak mak?” Pertanyaanku kepada ibu kesayanganku.
Ibu hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memberi
sebarang jawapan, fikirannya benar-benar tidak tenang dan senantiasa memikirkan
keadaan kesihatan nenek. Di tempat kerja, hanya jasad ibu sahaja berada disana
tetapi fikirannya hanya memikirkan nenek sahaja sepanjang masa.
“Tapi mak, sekarang ni warna emerald green jadi warna trend
untuk sambut raya tahun ni…boleh ya, mak kita sefamily pakai baju colour
ni?” ujarku lagi.
Lalu adikku menyampuk,
“Mak, better
tahun ni warna tema family kita light
purple…sebab colour ni pun warna trend juga untuk sambut raya tahun ni…please mak,” adikku mengharap agar
jawapan positif daripada ibu.
Setelah lama mendiamkan diri dan
mendengar perbalahan diantara aku dan adik, akhirnya ibu memulakan bicara
kembali bersama. Walaupun terpancar riak risau dan keresahan serta tidak keruan
diwajahnya.
“Ayra, Boy…tahun ni mak tak fikir pun nak sambut raya,
sebab nanny tak sihat lagi…mak tak
ada mood pun nak fikir buat persiapan
untuk raya…bagi mak yang penting sekarang, mak nak nanny sihat macam biasa dan masa tu hati mak akan tenang and boleh
buat kerja macam biasa…mak harap Ayra dengan Boy faham dengan keadaan mak
sekarang ni ya,” aku dan adikku mendengar penjelasan ibu dengan penuh perhatian
serta cuba memahami keadaan yang sebenarnya.
“Tapi, mak…tapi…” tergagap-gagap adikku hendak
menjawab apa yang ibu jelaskan tadi namun ibu terus menjawab.
“Tak ada tapi-tapi lagi, ya Boy…mak dah tak nak dengar
apa-apa lagi, okay! Ikut suka hati kau orang nak pakai baju warna apa…kau orang
plan lah sendiri, kan masing-masing
dah besar…kau orang pandai-pandai managed
sendiri, takkan nak harapkan mak lagi buat pilihan untuk kau orang,” ibu
bercakap dengan nada tegas kepada adikku, Boy.
“Kalau kau orang nak pakai baju tema colour emerald green ke, light purple ke…ikut kau oranglah, mak
malas nak fikir raya ni pakai baju tema…mak pakai apa yang ada aje,” ujar ibu lagi.
“Tahun ni sama seperti tahun-tahun lepas, tiada warna
tema baju…kita pakai aje colour apa yang kita suka…tak payah nak
bertekak, bergaduh and pening kepala
nak pakai baju colour apa…kita selak
aje almari tengok colour baju yang
tak ada, Pastu kita just beli aje baju yang tak ada colour tu…kan senang?” Ibu bercakap lagi kepadaku dan adikku yang
terlalu sibuk bertegang urat saban tahun bagi menentukan warna tema baju raya
bagi tahun ini.
“Yelah
mak…Ayra and Boy ikut hati sendiri
nak pakai baju kurung atau baju melayu colour
apa…nanti kalau apa-apa Ayra and Boy
minta pendapat mak, okay!” Aku membalas kembali apa yang ibu bicarakan tadi
dengan senyuman kepadanya.
“Kak Ayra! Boy rasa raya ni colour tema kita light
purple erk…please Kak Ayra…Boy dah tengok colour emerald green kat Jakel, Shah
Alam lah…colournya memang tak cantiklah kak,” ujar adikku.
“Boy beli colour
light purple aje…sebab colour tu Boy tengok colour paling lawa kat Jakel tadi,” adik memberitahuku.
“oh yeke,
Boy?” Pertanyaanku ringkas.
“La yelah,
Kak Ayra…Boy tak tipu akak pun tau,” jawapan ringkas adikku.
“Hmmm…yelah,”
aku membalas kembali pada adikku dengan nada mengeluh.
Dalam hati ini pun berbicara,
‘Ikut suka kau lah, Boy…kau pakailah baju melayu yang
mana kau suka, akak pun nak pakai apa yang akak suka…akak pakai baju kurung
tahun lepas aje…’
******
Dalam perjalanan balik dari Butik Tempahan Pakaian
Farah Fesyen…
Aku hanya mengetap bibir menahan tangis mengenangkan
baju rayaku tidak dapat disiapkan. Tanpa disedari air mataku mengalir kerana
menahan marah yang sukar dibendung lagi dan berjalan pun diibarat seperti tidak
berdaya dan sendi lutut menjadi lemah serta tunggu masa hendak terjelupuk ke
lantai.
Dalam hati ini pun berkata dan berdoa,
‘Ya ALLAH…KAU sabarkanlah hati hambamu ini dari
diselubungi perasaan marah yang sukar dikawal dan menjadi kemenangan pada
rasukkan Syaitan Laknatullah…’
‘Ermm…tak
apalah pakai jelah baju tahun lepas bukannya orang tahu pun…sabarlah wahai hati
sebab ni bukan rezeki aku nak pakai baju baru…’
Acap kali jika aku mengalami apa-apa
masalah, aku akan hadap muka nenek kesayangan dan sentiasa memujukku supaya
senantiasa bertenang serta bersabar. Aku bagaikan hendak menangis apabila
mengenangkan dua pasang baju kurung yang tidak siap itu.
Hati ini begitu hancur bila
mengenangkan janji tukang jahit kepadaku. Sepanjang aku menempah baju dengan
mereka, pihak butik tempahan dapat siapkan pakaian yang ditempah tepat pada
masanya.
Aku menelan makanan dan minuman
untuk berbuka puasa pun diibarat seperti aku minum dan makan pasir. Seleraku
tertutup untuk menikmati juadah berbuka yang telah dihidangkan oleh pembantu
rumahku. Apa sahaja yang aku lakukan semuanya tidak menjadi dan sehinggakan
solatku tidak khusyuk akibat terlalu memikirkan hal baju rayaku yang tidak
siap.
Fikiranku melayang entah kemana dan
diibarat seperti diawang-awangan memikirkan dugaan hari raya yang bakal menjelma tidak lama
lagi. Aku hanya mendiam dan menenangkan diri dengan mengamalkan istighfar di
dalam hati dan menghafaz Asmaa ‘Ul Husna bagi mengubat kemarahan yang bermukim
didalam hati ini.
******
Tiba-tiba…tanpa disedari ibu sudah
lama duduk dihadapanku sambil merenung wajah anaknya dengan raut wajah yang
tidak puas hati. Aku pula sibuk menaip untuk menghabiskan manuskrip cerpen yang
sediada sambil mendengar lagu raya Anugerah Aidilfitri dendangan Dato’ Siti
Nurhaliza.
“Ayra! Betul ke mak dengar dari nenek baju yang Ayra
nak pakai tu tak siap lagi?” Pertanyaan ibu bagaikan halilintar kepadaku.
Aku
diam seketika sambil terkedu.
“Ya mak…baju Ayra tak siap lagi sampai sekarang,”
jawabku dengan nada yang mengendur dan takut hendak bertentang mata dengan ibu.
“Lain kali mak tak nak Ayra hantar kat tailor yang Ayra selalu hantar baju tu
lagi…janji siap tiga hari sebelum raya…la ni tengoklah siap sehari sebelum
raya…dah lah kerja lembap…dari dulu mak tak sukakan Kak Saidah yang jahit baju
Ayra tu…tengok manik kat baju mak pun tak dihabiskannya,” ujar ibu dalam nada
yang agak tegas.
“Mak nak Ayra cari
tailor lain untuk jahit semua baju Ayra, okay! Keputusan mak
muktamad…jangan nak adakan sebarang bantahan….mak tak nak dengar lagi,” ujar
ibu lagi.
Alhamdulillah, aku bernasib baik
kerana ayah menjadi penyelamatku dalam menghadap kemarahan ibu tentang baju
raya yang tidak siap. Ayah tidak pernah bising seperti ibu. Ayah sentiasa
tenang dalam menghadapi sebarang masalah yang dihadapi oleh anak-anaknya.
“Hani, tak guna nak bising-bising…nak buat macam mana
baju raya anak kita dah tak siap…redhalah, pakai aje baju raya tahun lepas bukannya orang perasan pun,”
“Tak pun kita belikan baju untuk Ayra yang baru…kan
senang tak payah pening kepala and
serabutkan otak tu,” ujar ayah lagi.
“Tapi Along…Ayra tempah baju tu dah lama since akhir tahun lepas lagi…Ayra bagi
tempoh kat tukang jahit untuk jahit baju raya dia teramatlah panjang iaitu
selama enam bulan setengah…bila tiba time nak ambil baju pulak, baju tak dapat disiapkan…cuba Along fikir, apa perasaan
Ayra tu?” aku hanya mendiamkan diri dan mendengar perbualan ayah dan ibu dengan
berwajah muram dan tidak ceria.
“Along faham perasaan Ayra sedih sebab tak dapat nak pakai baju baru masa raya nanti…tapi nak
buat macam mana dah bukan rezeki dia…kita masih ada masa lagi untuk push tailor yang Ayra hantar tu untuk
siapkan paling command pun sepasang
baju kurung jadilah,” ujar ayah kepada ibu.
Ayah mencari jalan penyelesaian yang
terbaik dengan memberi duit sebanyak RM200.00 kepadaku untuk membeli sepasang
baju kurung moden dari Gulatis Silks House dan jubah moden yang berwarna emerald green dari Butik First Lady di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Aku pun menghantar mesej menerusi whatsapp kepada sahabat baikku, Nurul.
“Yunk, teman aku pegi shopping raya
kat Jalan TAR jom…”
Tidak sampai dua minit, Nurul
membalas mesejku,
“Okay cantek! Jom…kita buka puasa kat Dataran Sogo
sekali ya, kau nak tak?” Nurul bertanya kepadaku.
“Okay gak tu…aku tak pernah rasa suasana buka puasa
macam tu…best ke tak?” ujarku lagi.
******
Sewaktu menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Sogo…
Aku dan sahabat baikku, Nurul sempat lagi berbual
kosong sementara menunggu waktu berbuka puasa sambil menghilangkan rasa
mengantuk dan sempat lagi berselfie untuk
memenuhkan memori telefon bimbitku.
Setelah berlalunya waktu berbuka dan
selesai berbuka, aku dan Nurul mengemas segala barang yang dibeli tadi untuk
beransur pulang ke destinasi masing-masing.
Walau bagaimanapun, perasaan
terkilan tetap ada kerana tidak dapat memakai baju kurung berwarna emerald green akan tetapi tidak
mengapalah bukan rezekiku untuk menyarungnya di pagi raya. Aku redha dan aku
hanya dapat menyarung dan menggayakan sepasang kurung berwarna maroon dan cantik juga warnanya sambil
tersenyum sendiri.
No comments:
Post a Comment